Ahad, 3 April 2016

Dunia Li (Latihan Industri)

Assalamualaikum w.b.t

kenapa tetiba tajuk latihan industri pulak nie?? saja nak cerita dunia Li nie..ok sebenarnya sekarang tyra dalam dunia Li selama 5 bulan. .Ttyra tercampak pulak dekat Masai Johor nie hahh. . Li dekat Kumpulan Perubatan Penawar.. Gatal sangatkan nak membawa diri jauh ke tempat orang kan? hamikk kan dah dapat.. Jauh kau tak payah nak ceria arr. . nak balik sebulan sekali punya payah sebabnya takde kenderaan sendiri, kalau ada dah lama cauw balik rumah..
nie gambar first day (keciknya aku!!)

First day datang, janji pukul 8, rupanya office buka pukul 9 woiii!! kooo tau berapa lama tyra dok tunggu depa maii kejaa.. office melayu biasa la bukak lambat..kan dah sebut melyu.. adoii.. masa tunggu tu relax boleh senyum lagi dekat staff yg datang awal.. ok lepas tu time briefing, HR dok pot pet cerita pasal office dan cawangan segala bagai.. tup! "dekat sini kita buat semua kerja, kalau kita nak hantar u olls pergi Farmasi, HR, Billing,Medical Unit or restoran semua kita hantar, bukan biomed je kita letak u olls, tak...kita nak u ols mahir semua, jangan ingat u olls diploma in Biomed u olls keluar nanti kerja pun dalam Biomed, no, tidak.. kita jumpa ramai yg mohon kerja banyak lari dari kos dieorang"... beb ! tyra still ingat lagi ayat akak HR nie beb, first reaksi tyra of course terkejut gila bapak la weyhhh, sape belajar Biomed tak terkejut tetiba time Li kau kena kerja restoran beb ? Tyra punya dalam hati "mampus aku, what the hell siak, kenapa aku kena buat semua nie?" 

slogan syarikat nie guna "KEDATANGAN ANDA TIDAK DIUNDANG KALAU RAGU SILA PULANG" so tyra punya fikir, takkan aku nak tukar tempat, penat mak hantar jejauh dan aku senang je nak tukar, first bayang muka mak ayah, terus tak jadi.. Tyra think positve cakap dalam hati, maybe ada hikmah, maybe cabaran untuk aku, maybe nie yg terbaik.. nak menangis jugak laa time tu sebab benggang kena kerja kt restoran.. hahah dah la tyra tak pernah kerja langsung, nk pulak kena kerja kt restoran dengan perangai pelanggan yg ntah pape.. haishhh tabahkan hdan cekalkan hati.. Tyra boleh buat InshaAllah.. 

Bulan first tyra dapat department Biomed, alhamdulillah, but rasa nak menjerit bila dapat tahu hanya 2 orang pekerja je dalam biomed tu dan hanya lelaki!!! Tyra punya cuak gabra, nak menangis pun ada, risau sangat, yela kan sape tak risau kerja dengan lelaki.. memang tawakal habis.. first day, supervisor datang admin, " mana budak biomed? aku nak tau" cehhh die punya kerek tuu..haha tyra dengan cuaknye angkat tangan.. Nama en ni Ahmad, aq panggil en ahmad..Dia pun selamber badak dengan gaya berlagaknye tanya 

En : kau kos apa?
tyra: Biomed (Therapeutic)
en: apa mesin yg kau belajar dalam therapeutic?
tyra: (mampus aku ingat ke tidak) mesin hemo, defib, syringe, infusion
en : ok bagus.. 

Tyra banyak buat kerja dengan zaid pekerja under en ahmad nie.. best la dalam biomed nie, dapat tahu mesin2 lain, masuk ward, masuk bilik operation theater, pegi klinik2 penawar.. serius pengalaman best la.. tapi ada jugak bahaya nye, bila mana kau tukar meter oxygen tank dan meletup macam bunyi bom pun ad, sampai aku terdiam tak terkata, tu pengalaman yg tak dapat lupa la...haha nie antara gambar mesin yg tyra pernah pegang :

 nie suction pump

yg nie ESU

yg nie pulak Autoclave

Now, pejam celik dah masuk bulan 4, bulan 2 dekat department biling, bulan 3 department billing dan customer service, bulan 4 masuk Biomed balik yeayhh!! sukanya..haha so bermakna dunia Li akan berakhir.. tyra habis 16 Mei nie.. tak sabar nak habis.. dah rindu sangat dekat family dgn buah hati..aikkkk..haha tapi dalam pada masa yg sama tyra rasa takut untuk tempoh alam pekerjaan pulak.. bestnya kalau undur balik zaman belajar.. rindu sangat..rindu dekat kawan2.. tak fikir pasal dunia luar, just fokus pada study je.. banyak pengalaman yg tyra dapat dekat syarikat Penawar nie.. dengan ragam2 staff... but alhamdulillah boleh handle lagi..haha 

ok jumpa next entry,...........................................
Assalamualaikum



Selasa, 6 Oktober 2015

Assalamualaikum ..

Lama juga tak update dekat blog nie.. :) First of all, minggu lepas presentation Final Year Project.. hurhh nasib la boleh jawab soalan panel..cuak tak cuak jugak la nak present..haha alhamdulillah..
Ok, nak share aktiviti minggu lepas.. 2&3/10/2015 Trip pergi Port Dickson dengan classmates.. 2 hari 1 malam.. 4 buah kereta, 3 kereta lelaki 1 kereta perempuan.. 4 orang yg tak dapat join trip nie..:)

Janji gerak pukul 9, nak tahu gerak pukul berapa sebenarnya ? pukul 11 !!! nie la janji Melayu.. memang tak tepati masa.. mereput gila tunggu diaorang nie.. haha sabar sangat dah.. Tyra naik kereta dengan Jimmy sebabnya perempuan takde kereta.. so nak tak nak naik jela dengan dia.. sempat selfie lagi nie sementara tunggu Meon dengan Zaidie tukar baju.. mengalahkan perempuan dia punya tukar baju tu.. mereput.. haha

 Jimmy sebagai driver kami

Lepas dah tiba Port Dickson, boleh lagi berhenti dekat Petron duduk lama-II, aishh punya la sabar naik dengan budak laki nie.. Mereput lagi dalam kereta.. memang memerlukan kesabaran bila naik dengan budak laki nie.. duduk tunggu mereka lepak.. rasa nak jerit je masa tuh..haha
lepas tu sesat pulak cari homestay.. memacam jela aishh..haha  lepas memasing dah jumpa homestay, petang tu perempuan siapkan bahan-II untuk buat BBQ dan nasi goreng.. petang tu kami berkumpul dekat dataran Teluk Kemang.. Mandi pantai lee apa lagi.. hahaha

Kiteorang naik Banana Boat, sebelum naik tu, baru nak decided, dah brader tu nak bergaduh sebab budak laki kelas kami cakap naik dengan yg brader lain harga lagi dapat murah.. da nak bertekak dekat situ..aishh memacam.. yg naik cuma Tyra, Add,Ikachim,Dina,Afiq, Meon,ZAidie, Jimmy, Kamal, dengan Khairi.. 4 orang perempuan 6 orang lelaki.. yg lain taknak naik sebabnya takut la, kenyang la..hahaha

Brader tu bawak long distance so rm20 seorang.. happy gila masa naik natang nie.. 3 kali jatuh tau takk!! first jatuh terkejut, then payah gila nak naik atas balik.. nasib la afiq jadi sukarelawan untuk pinjam peha dia.. kiteorang pun pijak jela peha dia then naik..kesian dia mesti sakit..semua berat..hahaha then kali kedua jatuh, haaa nie bad moment untuk aku.. da la tak ready nak jatuh, lepas tenggelam, timbul balik then bukak mata nak tau nampak apa? muka afiq depan2, dekat gila dengan muka Tyra, Ya Allah punya terkejut, terus Tyra menjerit, dia pun terkejut jugak..nasib la Tyra tak pegang, mati-II ingat Ikachim..kalau la Tyra tak bukak mata macam first jatuh tuh, memang free jela die kena pegang.. haha banyak kali minta maaf sampai malam BBQ dia minta maaf jugak..

Then yg kedua kelakar, si Meon terjun dulu sebelum brader tu jatuhkan kitaorang,,hahahak takut ke Meon ?? hahaha memang jadi bahan gelak aku bila Ikachim cerita.. adoiii lawak-II..lepas tu kali ketiga pulak dan terakhir jatuh, Dina punya moment, dia terapung macam superman dan hampir hanyut, nasib la Dollah tengah main air dekat tempat kami jatuh, Dollah tarik jaket Dina, like father and his daughter, comel gila Dina kena tarik dengan Dollah..hahaha 
Banana Boat

Dan penat main air semua bagai, basah macam apa.. apa lagi, balik la, sediakan makanan untuk malamnya pulak.. Time BBQ nie memang kelakar, Pop (amirul) boleh cakap yg Add tu dia punya..da la pakai baju warna sama, makan sebelah-sebelah pula..sweet sangat..haha dah budak nie asyik bahan diaorang je..hahaha kelakar weyh serius kelakar.. hahaha lepas dah makan-II sesi bergambar la pulak.. banyak gambar sebenarnya..haha sampai homestay pukul 2 lebih, nasib budak laki ada follow sekali..dalam kereta Jimmy dok bahan aku je, sabar gila dengan dia nie.. ada dia kata aku karoake lagu dangdut hari tuh..aishh rasa nak je hempuk kepala, sampai dah tiba homestay duk bahan aku lagi.. 

Malam BBQ di pantai

Keesokkannya pula, kami ingat nak pergi rumah terbalik, then tak jadi, sebabnya ramai taknak masuk..sebelum tu, Jimmy singgah bundle, bundle dia punya cantik, tak macam bundle tempat lain..haha 3 kereta je yg da sampai dekat Galeri Art tu, lepas tu diaorang datang dekat bundle jugak.. then tak tau nak pegi mana lagi, kami decide pergi pantai jela, ambil gambar..

Tunggu budak-II masuk bundle so selfie dulu.


 
















dah berselfie segala bagai, balik pulak la jawabnya..hahaha last destinasi kiteorang yg naik dengan Jimmy nie dekat KFC je..haha yg lain berhenti dekat R&R Air Keroh.. makan-II , lapar dah..haha padahal dalam kereta da makan nasi goreng...



Tyra ingat malamnya budak nie tidur ke..rupanya tak..ingatkan penat-II tidur, nie tak, duk membahan orang je tak sudah-II, yg jadi bahannya Tyra dengan Meon..adoiii ..padahal kami kawan je.. memang sabar sungguh, layankan jela diaorang, janji diaorang happy..hahaha sampai la nie duk bahan kami lagi.. Pape pun thanks to Jimmy, thanks sangat-II jadi driver kiteorang.. Thanks classmates sebab cipta kenangan bersama disaat last kita bersama.. lepas ni semua jauh.. LI menanti..hurmm harap sangat ada trip lagi lepas nie walaupun kita da habis belajar.. :) that's all story and update for today.. Assalamualaikum.. :)

Sabtu, 8 Ogos 2015

Assalamualaikum semua.. :)

Tahun nie tahun last beraya dengan kawan-II kolej.. tahun depan masing-II melangkah ke kerjaya masing-II.. gembira rasanya dapat beraya bersama mereka..walaupun tidak semua yg dapat join, tapi kami tetap enjoy.. rumah first and second tyra tak join..third rumah tyra.. mak masakkan laksa untuk diaorang..

Lepas tu kami pergi Felda Sri Jaya rumah Dina.. First time aku beraya rumah dina ni..walaupun dulu masa sekolah menengah dah berapa kali jejak sekolah dia merentas desa peringkat daerah, nie baru first time datang.. dah lama tak masuk kampung dia, terasa jauh macam nak pegi Segamat..haha

Lepas rumah dina kami pegi rumah Shafika Salim.. macam-II ragam bebudak nie..asyik nak ketawa je tengok diaorang nie.. lepas rumah shafika , kami gerak ke Parit Jawa pulak..rumah Izwan dengan Zaidie.. tu pun jauh tak terkata jugak..sampai tertidur kami sebab penat untuk tiba ke destinasi yg dituju...hahaha


Time nie dekat kampung Dina lagi tapi OTW balik then nak pegi rumah Shafika..



masa nie dekat rumah shafika dan aku sebagai photographer tak bergaji.
Hahh nie laa part kiteorang tertidur masa nak pegi Pt Jawa dan paling tak boleh lupa kejadian Atot (driver) langgar bonggol sampai terhumban ke depan aku nie hah, menjerit sekeping aku, mana tak nya, ingat excident la.. hahaha dah budak duaorang sebelah aku tu kepit tangan aku kuat-II takut terjadi lagi..haha

 
Nie dekat rumah Izwan.. photograpernya Izwan..



Nie pulak Jimmy jadi photograper..



Nie OTW ke Pt Jawa sebelum tertidur..hahah




Tu jela gambar kiteorang..sikit je.. sebab banyak berceloteh sampai lupa nak bergambar.. haha gembira sangat..setiap rumah makan sedaap-II tau..Alhamdulillah.. Rezeki raya tahun nie.. :)