Selasa, 6 Oktober 2015

Assalamualaikum ..

Lama juga tak update dekat blog nie.. :) First of all, minggu lepas presentation Final Year Project.. hurhh nasib la boleh jawab soalan panel..cuak tak cuak jugak la nak present..haha alhamdulillah..
Ok, nak share aktiviti minggu lepas.. 2&3/10/2015 Trip pergi Port Dickson dengan classmates.. 2 hari 1 malam.. 4 buah kereta, 3 kereta lelaki 1 kereta perempuan.. 4 orang yg tak dapat join trip nie..:)

Janji gerak pukul 9, nak tahu gerak pukul berapa sebenarnya ? pukul 11 !!! nie la janji Melayu.. memang tak tepati masa.. mereput gila tunggu diaorang nie.. haha sabar sangat dah.. Tyra naik kereta dengan Jimmy sebabnya perempuan takde kereta.. so nak tak nak naik jela dengan dia.. sempat selfie lagi nie sementara tunggu Meon dengan Zaidie tukar baju.. mengalahkan perempuan dia punya tukar baju tu.. mereput.. haha

 Jimmy sebagai driver kami

Lepas dah tiba Port Dickson, boleh lagi berhenti dekat Petron duduk lama-II, aishh punya la sabar naik dengan budak laki nie.. Mereput lagi dalam kereta.. memang memerlukan kesabaran bila naik dengan budak laki nie.. duduk tunggu mereka lepak.. rasa nak jerit je masa tuh..haha
lepas tu sesat pulak cari homestay.. memacam jela aishh..haha  lepas memasing dah jumpa homestay, petang tu perempuan siapkan bahan-II untuk buat BBQ dan nasi goreng.. petang tu kami berkumpul dekat dataran Teluk Kemang.. Mandi pantai lee apa lagi.. hahaha

Kiteorang naik Banana Boat, sebelum naik tu, baru nak decided, dah brader tu nak bergaduh sebab budak laki kelas kami cakap naik dengan yg brader lain harga lagi dapat murah.. da nak bertekak dekat situ..aishh memacam.. yg naik cuma Tyra, Add,Ikachim,Dina,Afiq, Meon,ZAidie, Jimmy, Kamal, dengan Khairi.. 4 orang perempuan 6 orang lelaki.. yg lain taknak naik sebabnya takut la, kenyang la..hahaha

Brader tu bawak long distance so rm20 seorang.. happy gila masa naik natang nie.. 3 kali jatuh tau takk!! first jatuh terkejut, then payah gila nak naik atas balik.. nasib la afiq jadi sukarelawan untuk pinjam peha dia.. kiteorang pun pijak jela peha dia then naik..kesian dia mesti sakit..semua berat..hahaha then kali kedua jatuh, haaa nie bad moment untuk aku.. da la tak ready nak jatuh, lepas tenggelam, timbul balik then bukak mata nak tau nampak apa? muka afiq depan2, dekat gila dengan muka Tyra, Ya Allah punya terkejut, terus Tyra menjerit, dia pun terkejut jugak..nasib la Tyra tak pegang, mati-II ingat Ikachim..kalau la Tyra tak bukak mata macam first jatuh tuh, memang free jela die kena pegang.. haha banyak kali minta maaf sampai malam BBQ dia minta maaf jugak..

Then yg kedua kelakar, si Meon terjun dulu sebelum brader tu jatuhkan kitaorang,,hahahak takut ke Meon ?? hahaha memang jadi bahan gelak aku bila Ikachim cerita.. adoiii lawak-II..lepas tu kali ketiga pulak dan terakhir jatuh, Dina punya moment, dia terapung macam superman dan hampir hanyut, nasib la Dollah tengah main air dekat tempat kami jatuh, Dollah tarik jaket Dina, like father and his daughter, comel gila Dina kena tarik dengan Dollah..hahaha 
Banana Boat

Dan penat main air semua bagai, basah macam apa.. apa lagi, balik la, sediakan makanan untuk malamnya pulak.. Time BBQ nie memang kelakar, Pop (amirul) boleh cakap yg Add tu dia punya..da la pakai baju warna sama, makan sebelah-sebelah pula..sweet sangat..haha dah budak nie asyik bahan diaorang je..hahaha kelakar weyh serius kelakar.. hahaha lepas dah makan-II sesi bergambar la pulak.. banyak gambar sebenarnya..haha sampai homestay pukul 2 lebih, nasib budak laki ada follow sekali..dalam kereta Jimmy dok bahan aku je, sabar gila dengan dia nie.. ada dia kata aku karoake lagu dangdut hari tuh..aishh rasa nak je hempuk kepala, sampai dah tiba homestay duk bahan aku lagi.. 

Malam BBQ di pantai

Keesokkannya pula, kami ingat nak pergi rumah terbalik, then tak jadi, sebabnya ramai taknak masuk..sebelum tu, Jimmy singgah bundle, bundle dia punya cantik, tak macam bundle tempat lain..haha 3 kereta je yg da sampai dekat Galeri Art tu, lepas tu diaorang datang dekat bundle jugak.. then tak tau nak pegi mana lagi, kami decide pergi pantai jela, ambil gambar..

Tunggu budak-II masuk bundle so selfie dulu.


 
















dah berselfie segala bagai, balik pulak la jawabnya..hahaha last destinasi kiteorang yg naik dengan Jimmy nie dekat KFC je..haha yg lain berhenti dekat R&R Air Keroh.. makan-II , lapar dah..haha padahal dalam kereta da makan nasi goreng...



Tyra ingat malamnya budak nie tidur ke..rupanya tak..ingatkan penat-II tidur, nie tak, duk membahan orang je tak sudah-II, yg jadi bahannya Tyra dengan Meon..adoiii ..padahal kami kawan je.. memang sabar sungguh, layankan jela diaorang, janji diaorang happy..hahaha sampai la nie duk bahan kami lagi.. Pape pun thanks to Jimmy, thanks sangat-II jadi driver kiteorang.. Thanks classmates sebab cipta kenangan bersama disaat last kita bersama.. lepas ni semua jauh.. LI menanti..hurmm harap sangat ada trip lagi lepas nie walaupun kita da habis belajar.. :) that's all story and update for today.. Assalamualaikum.. :)

Sabtu, 8 Ogos 2015

Assalamualaikum semua.. :)

Tahun nie tahun last beraya dengan kawan-II kolej.. tahun depan masing-II melangkah ke kerjaya masing-II.. gembira rasanya dapat beraya bersama mereka..walaupun tidak semua yg dapat join, tapi kami tetap enjoy.. rumah first and second tyra tak join..third rumah tyra.. mak masakkan laksa untuk diaorang..

Lepas tu kami pergi Felda Sri Jaya rumah Dina.. First time aku beraya rumah dina ni..walaupun dulu masa sekolah menengah dah berapa kali jejak sekolah dia merentas desa peringkat daerah, nie baru first time datang.. dah lama tak masuk kampung dia, terasa jauh macam nak pegi Segamat..haha

Lepas rumah dina kami pegi rumah Shafika Salim.. macam-II ragam bebudak nie..asyik nak ketawa je tengok diaorang nie.. lepas rumah shafika , kami gerak ke Parit Jawa pulak..rumah Izwan dengan Zaidie.. tu pun jauh tak terkata jugak..sampai tertidur kami sebab penat untuk tiba ke destinasi yg dituju...hahaha


Time nie dekat kampung Dina lagi tapi OTW balik then nak pegi rumah Shafika..



masa nie dekat rumah shafika dan aku sebagai photographer tak bergaji.
Hahh nie laa part kiteorang tertidur masa nak pegi Pt Jawa dan paling tak boleh lupa kejadian Atot (driver) langgar bonggol sampai terhumban ke depan aku nie hah, menjerit sekeping aku, mana tak nya, ingat excident la.. hahaha dah budak duaorang sebelah aku tu kepit tangan aku kuat-II takut terjadi lagi..haha

 
Nie dekat rumah Izwan.. photograpernya Izwan..



Nie pulak Jimmy jadi photograper..



Nie OTW ke Pt Jawa sebelum tertidur..hahah




Tu jela gambar kiteorang..sikit je.. sebab banyak berceloteh sampai lupa nak bergambar.. haha gembira sangat..setiap rumah makan sedaap-II tau..Alhamdulillah.. Rezeki raya tahun nie.. :)

Assalamualaikum warga blogger,, 

Selamat hari raya.. raya ni alhamdulillah masih beraya bersama keluarga.. tema keluarga tyra tahun ni biru turquoise tapi sayang sangat tak ambil gambar satu family..just dengan sanak saudara.. mak dengan ayah penat sangat so diaorang malas nak bergambar. Tyra nak share gambar raya dengan korang semua walaupun dah nak penghujung raya dah nie.. hahaha
 bersama sanak saudara..



gambar nie raya first..

raya kedua baru la kami gerak balik kampung sebelah mak di Segamat.. Kampung Maktok.. gembira gila dapat balik.. kena drive sendiri pulak tu..lepas tu drive kereta manual lagi, jam pulak.. rasa macam nak patah kaki.. tiba kampung kaki kejang .. punya la sakit.. haha..


Isnin, 22 Jun 2015

Luahan Hati

"Allah temukan kita ada hikmahnya. Kita berkenalan dan jatuh hati. Kemudian Allah uji kita dengan perpisahan. Sakit sangat rasanya. Tapi sakit itulah yang membuatkan kita kuat seperti sekarang"

Assalamualaikum kepada semua yang sudi singgah di blog Si Gadis Pin Riben. Rasanya sudah lama meninggalkan blog ini. Nak kata sibuk tu sibuk la jugak sebagai seorang anak, seorang pelajar dan juga sebagai salah seorang hamba Allah SWT. Hari ini Allah bagi kesempatan dan peluang untuk aku meluangkan masa untuk blog ini. :)

      Kenapa aku letak ayat diatas itu, antara salah satu sebab kenapa aku meluangkan masa untuk merehatkan hati dari terus lalai dengan cinta dunia. Allahuakhbar. Lemahnya aku sebagai hamba yg kerdil disisi Allah SWT. Masa bercinta indah saja. Yang lelaki cuba pikat perempuan, yg perempuan pula suka dan gembira ada orang berkenan dan tertarik dengannya. Bila dah dapat perempuan tu buat girlfriend bukan main suka sampai apa yg terlarang pun tidak diingatinya. Batas pergaulan main langgar. Lelaki nie senang je mengayat perempuan,tu yg perempuan senang cair. 

      Seorang wanita ada memberitahu, "tak salah kita nk couple, tapi couple ikut Islam".. semua tau kan cara Islam..lebih indah dan tidak menimbulkan fitnah.. tapi lebih baik takyah couple terus, lagi baik.. Pengalaman dulu memberi pengajaran yg cukup untuk aku belajar supaya bercinta selepas nikah lebih indah..  Dulu sayang sangat dengan pasangan, ingat dia la yg akan jadi jodoh kita, haha tu la fikiran yg tak berapa nk matang.. tengok adik2 diluar sana, hebat betul percintaan mereka sampai siap bergaduh bila rebut pasangan, rasa macam nak je cakap "belum tentu tu jodoh kau dik,sampai bila dia bertahan jadi pasangan hang, lama2 jemu then cari lain,siapa yg sakit? siapa yg menangis , merana? siapa? diri korang laa". 

     Perancangan Allah hebat, kita je yg lupa.. selalu lalai dengan dunia.. selalu mengejar dunia sampai akhirat ke mana.. Allahukhbar.. kepada yg diluar sana yg tengah bersedih dgn putus cinta, sini hakak nak bagi tips untuk lupakan kesedihan yg entah pape tu.
  1. Dekatkan diri dengan Allah
  2. Sibukkan diri dengan benda2 yg berfaedah seperti baca buku2 Islamik.
  3. jangan duduk sorang2, nanti mudah untuk ingat si dia.
  4. jangan gatal2 nak stalker si dia..kalau dah kronik sangat, hangpa block je apa yg berkaitan dengan dia. haha
Tu antara tips yg hakak dpat kongsikan..hehe moga berguna untuk kalian ye.. mula2 tu memang la susah dik oii.. tapi lepas tu In Shaa Allah kita rasa tenang, kredit pun dapat save, tapi hakak tak save leee sebab banyak guna internet kalau dekat kolej..kat rumah je guna wi-fi..hehehe Banyak sangat kebaikan bila kita tak bercouple.. bagi aku la memang tenang je hidup.. tapi bagi yg tak boleh kalau takde couple tu memang susah la agaknya kan.. sebab tu senang je jumpa penganti.. takut takde jodoh ke nanti sampai tergesa sangat mencari penganti, Jodoh tu Allah dah tetapkan dah, so tak payah risau.. In Shaa Allah ada.. kalau tak berjodoh dengan perkahwinan, mungkin berjodoh dengan kematian.. siapa tahu kan.. so fikir la.. diri ni tak baik mana.. pernah juga melakukan kesilapan, tapi bergantung pada hati masing2 untuk berubah ke arah kebaikan.. :)

"
Aku dah cuba yang terbaik, tapi mungkin kau memang bukan untuk aku..aku pernah rasa bahagia dgn kau..derita, sengsara pun aku dah lalui semua. mungkin kau tak nampak aku yg selalu ada dgn kau..mungkin kau tak pandai nk hargai aku selama ni..takpe..aku tak kisah..letih kena tipu selama beberapa tahun..baru aku tau sekarang sape kau sebenarnya..tipu kalau aku tak marah,tak sedih..tapi aku terima..mungkin Allah nak aku rasa semua tu dulu sebelum aku jumpa orang yg betul2 ikhlas terima aku dan maybe jodoh aku..aku maafkan kau..aku tak menyesal pergi dari hidup kau..mungkin kau bukan untuk aku..terima kasih sebab pernah buat aku bahagia..dan aku lebih bahagia dgn apa yg aku ada sekarang, keluarga tercinta, dan kawan2..walaupun tiada lagi penganti kau buat masa nie."

Buat yg masih belajar, ingatlah wajah2 ibubapa, penat diaorang hantar kita belajar, berhabis duit, apa yg kita buat?? bercinta pula..kalau sampai nikah takpe jugak, ni kecundang ditengah jalan.. muhasabah diri kita, perbaiki kesilapan dan kekurangan kita.. Jangan panadang remeh terhadap dosa kita, jangan putus asa dalam bertaubat..Assalamualaikum..

Jumaat, 3 April 2015

Assalamualaikum............ ^^
Tiada seindah kata dari seindah senyuman....pembuka bicara, tiada madah, tiada puisi, tiada pantun, kerana aku hanya insan biasa yg tidak mengambil sastera....(haha) setiap manusia yg lahir didunia ini bukannya sempurna, setiapnya ada kelemahan tersendiri....begitu la juga dengan aku insan yg hina lagi kerdil didunia ini....bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi aku kesempatan untuk hidup didunia yg Fana ini, tak lupa juga buat ayanda dan bonda yg telah membelai,menjaga,mendidik aku menjadi seorang insan yg berguna, In Sha Allah....


Hati janganlah engkau bersedih, berduka dengan orang yg tidak pernah menghargai engkau, jangan sesekali putus asa, jangan sesekali mengalah, jangan sesekali engkau lupa yg Allah ada untuk engkau....Janganlah juga engkau mudah percaya dengan kata-kata manusia, jangan termakan kata manis yg diberi oleh mereka....hati, fikiran dan perbuatan manusia tidak dapat di jangkau oleh kita....


"jangan mudah percaya pada orang yang baik macam malaikat depan kita. selagi tak tahu perangai dia di belakang kita."


Bangkitlah jika tengah bersedih, bangkitlah wahai hati....move on with the new life, just forget the past....masih jauh lagi perjalanan kita di bumi Allah ini....masih jauhhh....berkata-kata tidak semudah melakukan... Yes! i agree that! but we must move on....move dari orang yg menyakiti kamu....move dari orang yg tidak menghargai kamu wahai hamba Allah....pasang niat untuk berubah kepada yg lebih baik....cuba berubah untuk jadi yg lebih baik....In Sha Allah akan dipermudahkan semua oleh Allah SWT.....


Jumaat, 30 Januari 2015

Assalamualaikum warga blogger semua. . Ya Allah, lama sangat tak update blog nie. .Serius sibuk dengan urusan dan laman sosial yang lain sampai terlupa dengan blog yang usang nie. . :') ok hari nie Tyra nak kongsi kisah suka dan duka Tyra pada tahun 2014. :)      First, hujung tahun 2014, berakhirnya hubungan tyra dengan BF Tyra yg sangat-II Tyra sayang, iaitu MUHAMMAD IRFAN BIN ABU, :'( Tyra kenal dan couple dengan dia start Form1, akak Tyra & abang dia yg kenalkan kitaorang.. start dari tu kitaorang meseg,dan berkenalan,. Jangan tak percaya, selama couple dari Form1, Tyra tak bertegur sapa dengan dia walaupun 1 sekolah, setiap hari masa rehat dia akan belikan Tyra makanan dekat koperasi, dia jumpa bagi Tyra dengan senyuman dan terus berlalu pergi je..sebab dia malu dan Tyra pun malu!!! haha nak tahu tak?? start akhir Form3 baru kitaorang bertegur ! gila tak gila memang gila,. hahaha masa tu Tyra berdoa sangat dapat 1 kelas dengan dia Form4 nanti, sebab Tyra kelas ke-3 dan dia kelas ke-5, alhamdulillah Allah kabulkan permintaan Tyra, akhirnya dia satu kelas dengan Tyra,masa tuh hanya Allah jetahu perasaan Tyra macam mana..haha happy+malu+gembira tak terkata laaaaa...hahaha dalam kelas kitaorang serba tak kena, kalau mata bertentang mesti masing-II larikan pandangan, sampai satu tahap, Tyra rasa nak ketawa dan terfikir, kenapa dengan kitaorang nie? couple lain takde lak macam kitaorang..haha dia siap tanya Tyra lagi, "Awak tak suka ke saya 1 kelas dengan awak? yela, orang tak pandai, tak layak masuk kelas nie".. Allahu, rasa nak cubit2 je dia masa tu.. dia nie suka merendah diri dengan Tyra..      Tyra ingat 1 kelas senang, rupanya Ya Allah, hanya Allah je tahu, rupanya dia nie kuat cemburu orangnya!! geram pulak Tyra, dengan lelaki tak boleh layan, sampai masuk 6 orang kena black list tak boleh dilayan,bercakap or pape dengan 6 orang tu.. Tyra sabar je, layankan je.. haha sebab sayang katakan.. Tyra suka nengok dia, lagi2 muka dia, sebab muka dia cute bagi Tyra, walaupun dia asyik merendah diri cakap tak comel,cute & hansem, tapi Tyra mengaku dia nie comel !! hahaha habis je kelas, pergi tempat motor sama2, kalau Tyra tak makan, dia akan marah dan sanggup pergi kantin balik belikan makanan, paling Tyra hargai, sanggup belikan makanan untuk Tyra dulu, baru dia makan..haha Irfan2, sebab tu Tyra sayang sangat kt kamu sayang.. :'D sampai satu sekolah tahu termasuk cikgu2 yg kitaorang nie couple, ada yg mendoakn sampai ke akhir hayat, ada juga cikgu yg memberi sindiran pada kami, tapi kami tak kisah, Tyra paling hargai ada cikgu memberi nasihat "bercinta tapi jangan lupa pelajaran ok, Tolong Irfan kalau ada yg dia tak faham" dan macam-II lagi.. ada yg langsung sporting habis siap cakap "mana bf kamu si Irfan tu Tyra?" masa nie bulan sukan, sebab si jantung hati lambat datang dan acara kami dan nak bermula..haha          Peristiwa yg paling-II Tyra takkan lupa, dia menangis sebab Tyra, dia taknak kehilangan Tyra, dia sayang sangat-II kat Tyra,. Dia menangis, Tyra lagi la menangis. .haha :'D sweet sangat-II masa tu.. banyak la kenangan yg takkan dapat Tyra lupakan dengan dia.. 7 tahun kot bersama ke mana saja Tyra pergi.. mak ayah dah kenal, siap dah anggap anak sendiri.. tyra pun dah kenal family dia, . . :'D bersyukur sangat dapat kenal dengan dia dan keluarga yg sporting gila habis !!! hahaha serius kitaorang nie dah macam adik-beradik, walaupun Tyra lahir dulu dari dia, tapi Tyra dah macam adik dia dah, dia layan Tyra sweet sangat. .ahakz! ke mana je Tyra pergi mesti ada dia menemani Tyra. Kiranya bodyguard tak bergaji. .hahaha          Start hubungan kitaorang jadi teruk masa bulan puasa. Boleh kira berapa kali dalam seminggu dia bertanya khabar, sebelum nie selalu je mesej, walaupun sesibuk mana.. Paling Tyra hargai dia dulu, dia sanggup pergi kerja lambat (masa tgh tggu result SPM) semata-mata Tyra ajak keluar, kalau takde kereta, sanggup pergi kilang tempat abang dia kerja semata-mata nak keluar dengan Tyra. Masa tu hanya Tuhan je tau betapa Tyra terharu dan bertambah sayang dengan dia. :'D .. Dia layankan karenah Tyra yg mengada-ngada, angin tak semena, badmood kat mana-II Tyra suka, dia bertahan sangat-II dengan perangai Tyra. Tyra sayang dia, tapi Tyra tak tahan asyik Tyra je mengalah dalam hubungan nie, Tyra kena faham dia, Tyra kena ikut cakap dia terutama tak boleh nak cakap dengan mana-II lelaki termasuk rakan sekelas. Tyra ikut je cakap dia, sampai budak nie cakap Tyra sombong, Tyra banyak diam dalam kelas. walaupun hubungan kitaorang jejak 7 tahun, tapi dia tetap tak percaya pada Tyra, dia banyak dengar hasutan rakan baik dia. Tyra banyak bersabar dan bertahan dengan setiap tuduhan yg dilemparkan,.         Seingat Tyra beberapa minggu sebelum dia ada selection kayak dekat Perancis, kitaorang clash.. Tyra yg minta sebab dah tak tahan sangat, Tyra banyak berhabis air mata dengan perangai dia yg berubah sekelip mata je.. Tyra memang tak kuat masa Tyra couple dengan dia, asyik menangis dan menangis.. Tyra berdoa selalu, agar jodoh kami panjang, tapi makin hari makin teruk, sampai pagi raya yg mulia tu pun kitaorang bergaduh dan tak bertanya khbar, bayangkanlah selama couple tak pernah kitaorang gaduh, makin sayang lagi adalah,. raya 2014 nie raya yg tak begitu indah bagi Tyra disebabkan kitaorang bergaduh.. Tyra fikir mungkin dia dah ada yg lebih baik dari Tyra,. Tyra ambil masa yg agak lama untuk buat keputusan untuk clash, bulan 8 Tyra akhiri perhubungan ni..walaupun dia taknak, tapi tak boleh ubah keputusan Tyra, hati Tyra hancur,remuk, kecewa kerana orang yg Tyra sayang sangat buat Tyra tak wujud, buat macam Tyra nie patung,tunggul dan tak bernyawa, masa diperlukan cari, masa tak diperlukan buang begitu saja. :'( seminggu kitaorang tak berhubung, lepas tu dia cari Tyra, dia merayu mengharap Tyra terima dia balik, tapi hati Tyra tak terbuka langsung untuk terima dia balik,. :( tyra suruh dia bagi ruang untuk Tyra berfikir dan tenangkan diri.. Paling2 Tyra menyesal, Tyra delete semua gambar kami, Ya Allah, time tuh memang Tyra marah sangat then tekan button delete, nasib baik ada sikit pada phone akak gambar kami. .hehe nie antara salah satu gambar terakhir dengan si dia >>          Sebelum dia berangkat pergi, masa dekat airport dia call Tyra minta maaf, doakan dia, dan dia minta Tyra untuk cakap dengan mak,. Tyra tak tahu dia cakap apa dengan mak.. yg buat Tyra ketawa, sempat Tyra minta belikan Oley2 Perancis lagi..haha tak guna punya EX kan Tyra nie.. haha :') masa dekat sana dia text Tyra melalu Whatsapp, minta Tyra terima dia balik, but Tyra tetap dengan keputusan Tyra.. degil ny hati Tyra ni untuk terima dia balik.. 2 minggu dia dekat sana, 2 minggu juga Tyra sibukkan diri untuk cuba bangun untuk cuba kuat dengan semua nie,. Dia tiba je Malaysia, esokny kot seingat Tyra la, dia datang rumah, bagi oley2!! haha gembira sangat, bukan sebab dapat oley2 tapii sebab dapat jumpa dengan dia lagi weyhh !!! haha eiii kitaorang walaupun dah clash, tetap contact lagi ok..haha tak pernah putus, dia datang rumah lagi,. haha walaupun masa bercintan dulu pernah berjanji takkan jumpa,contact dan takkan jadi kawan.. hahaha Thanks a lot Irfan. . :) sebab sanggup jadi kawan Tyra walaupun awak susah sangat nak terima semua nie. . :')       Alhamdulillah sekarang nie Tyra dan boleh bangkit dan terima semua nie, Tyra dah tak macam dulu, suka menangis je..haha Tyra dah semakin kuat terima pelbagai ujian dari Allah.. Tyra dah semakin matang, yela umur tahun nie nak masuk angka 20 kot.. hahaha tapi Tyra berterima kasih sangat pada BFF Tyra sebab ada masa Tyra perlukan teman, family Tyra.. Mak tak tahu yg kami dah tiada hubungan lagi, setakat kawan je.. Tyra senyapkan je.. ;) Tyra banyak belajar apa itu kehidupan, single, perangai orang, dan banyak lagi.. sekarang nie Tyra banyak belajar erti kesabaran dalam kehidupan.. :) nie jela Tyra nak kongsi buat tatapan semua yg singgah di blog ini.. :)                                

x