Ahad, 3 April 2016

Dunia Li (Latihan Industri)

Assalamualaikum w.b.t

kenapa tetiba tajuk latihan industri pulak nie?? saja nak cerita dunia Li nie..ok sebenarnya sekarang tyra dalam dunia Li selama 5 bulan. .Ttyra tercampak pulak dekat Masai Johor nie hahh. . Li dekat Kumpulan Perubatan Penawar.. Gatal sangatkan nak membawa diri jauh ke tempat orang kan? hamikk kan dah dapat.. Jauh kau tak payah nak ceria arr. . nak balik sebulan sekali punya payah sebabnya takde kenderaan sendiri, kalau ada dah lama cauw balik rumah..
nie gambar first day (keciknya aku!!)

First day datang, janji pukul 8, rupanya office buka pukul 9 woiii!! kooo tau berapa lama tyra dok tunggu depa maii kejaa.. office melayu biasa la bukak lambat..kan dah sebut melyu.. adoii.. masa tunggu tu relax boleh senyum lagi dekat staff yg datang awal.. ok lepas tu time briefing, HR dok pot pet cerita pasal office dan cawangan segala bagai.. tup! "dekat sini kita buat semua kerja, kalau kita nak hantar u olls pergi Farmasi, HR, Billing,Medical Unit or restoran semua kita hantar, bukan biomed je kita letak u olls, tak...kita nak u ols mahir semua, jangan ingat u olls diploma in Biomed u olls keluar nanti kerja pun dalam Biomed, no, tidak.. kita jumpa ramai yg mohon kerja banyak lari dari kos dieorang"... beb ! tyra still ingat lagi ayat akak HR nie beb, first reaksi tyra of course terkejut gila bapak la weyhhh, sape belajar Biomed tak terkejut tetiba time Li kau kena kerja restoran beb ? Tyra punya dalam hati "mampus aku, what the hell siak, kenapa aku kena buat semua nie?" 

slogan syarikat nie guna "KEDATANGAN ANDA TIDAK DIUNDANG KALAU RAGU SILA PULANG" so tyra punya fikir, takkan aku nak tukar tempat, penat mak hantar jejauh dan aku senang je nak tukar, first bayang muka mak ayah, terus tak jadi.. Tyra think positve cakap dalam hati, maybe ada hikmah, maybe cabaran untuk aku, maybe nie yg terbaik.. nak menangis jugak laa time tu sebab benggang kena kerja kt restoran.. hahah dah la tyra tak pernah kerja langsung, nk pulak kena kerja kt restoran dengan perangai pelanggan yg ntah pape.. haishhh tabahkan hdan cekalkan hati.. Tyra boleh buat InshaAllah.. 

Bulan first tyra dapat department Biomed, alhamdulillah, but rasa nak menjerit bila dapat tahu hanya 2 orang pekerja je dalam biomed tu dan hanya lelaki!!! Tyra punya cuak gabra, nak menangis pun ada, risau sangat, yela kan sape tak risau kerja dengan lelaki.. memang tawakal habis.. first day, supervisor datang admin, " mana budak biomed? aku nak tau" cehhh die punya kerek tuu..haha tyra dengan cuaknye angkat tangan.. Nama en ni Ahmad, aq panggil en ahmad..Dia pun selamber badak dengan gaya berlagaknye tanya 

En : kau kos apa?
tyra: Biomed (Therapeutic)
en: apa mesin yg kau belajar dalam therapeutic?
tyra: (mampus aku ingat ke tidak) mesin hemo, defib, syringe, infusion
en : ok bagus.. 

Tyra banyak buat kerja dengan zaid pekerja under en ahmad nie.. best la dalam biomed nie, dapat tahu mesin2 lain, masuk ward, masuk bilik operation theater, pegi klinik2 penawar.. serius pengalaman best la.. tapi ada jugak bahaya nye, bila mana kau tukar meter oxygen tank dan meletup macam bunyi bom pun ad, sampai aku terdiam tak terkata, tu pengalaman yg tak dapat lupa la...haha nie antara gambar mesin yg tyra pernah pegang :

 nie suction pump

yg nie ESU

yg nie pulak Autoclave

Now, pejam celik dah masuk bulan 4, bulan 2 dekat department biling, bulan 3 department billing dan customer service, bulan 4 masuk Biomed balik yeayhh!! sukanya..haha so bermakna dunia Li akan berakhir.. tyra habis 16 Mei nie.. tak sabar nak habis.. dah rindu sangat dekat family dgn buah hati..aikkkk..haha tapi dalam pada masa yg sama tyra rasa takut untuk tempoh alam pekerjaan pulak.. bestnya kalau undur balik zaman belajar.. rindu sangat..rindu dekat kawan2.. tak fikir pasal dunia luar, just fokus pada study je.. banyak pengalaman yg tyra dapat dekat syarikat Penawar nie.. dengan ragam2 staff... but alhamdulillah boleh handle lagi..haha 

ok jumpa next entry,...........................................
Assalamualaikum



Selasa, 6 Oktober 2015

Assalamualaikum ..

Lama juga tak update dekat blog nie.. :) First of all, minggu lepas presentation Final Year Project.. hurhh nasib la boleh jawab soalan panel..cuak tak cuak jugak la nak present..haha alhamdulillah..
Ok, nak share aktiviti minggu lepas.. 2&3/10/2015 Trip pergi Port Dickson dengan classmates.. 2 hari 1 malam.. 4 buah kereta, 3 kereta lelaki 1 kereta perempuan.. 4 orang yg tak dapat join trip nie..:)

Janji gerak pukul 9, nak tahu gerak pukul berapa sebenarnya ? pukul 11 !!! nie la janji Melayu.. memang tak tepati masa.. mereput gila tunggu diaorang nie.. haha sabar sangat dah.. Tyra naik kereta dengan Jimmy sebabnya perempuan takde kereta.. so nak tak nak naik jela dengan dia.. sempat selfie lagi nie sementara tunggu Meon dengan Zaidie tukar baju.. mengalahkan perempuan dia punya tukar baju tu.. mereput.. haha

 Jimmy sebagai driver kami

Lepas dah tiba Port Dickson, boleh lagi berhenti dekat Petron duduk lama-II, aishh punya la sabar naik dengan budak laki nie.. Mereput lagi dalam kereta.. memang memerlukan kesabaran bila naik dengan budak laki nie.. duduk tunggu mereka lepak.. rasa nak jerit je masa tuh..haha
lepas tu sesat pulak cari homestay.. memacam jela aishh..haha  lepas memasing dah jumpa homestay, petang tu perempuan siapkan bahan-II untuk buat BBQ dan nasi goreng.. petang tu kami berkumpul dekat dataran Teluk Kemang.. Mandi pantai lee apa lagi.. hahaha

Kiteorang naik Banana Boat, sebelum naik tu, baru nak decided, dah brader tu nak bergaduh sebab budak laki kelas kami cakap naik dengan yg brader lain harga lagi dapat murah.. da nak bertekak dekat situ..aishh memacam.. yg naik cuma Tyra, Add,Ikachim,Dina,Afiq, Meon,ZAidie, Jimmy, Kamal, dengan Khairi.. 4 orang perempuan 6 orang lelaki.. yg lain taknak naik sebabnya takut la, kenyang la..hahaha

Brader tu bawak long distance so rm20 seorang.. happy gila masa naik natang nie.. 3 kali jatuh tau takk!! first jatuh terkejut, then payah gila nak naik atas balik.. nasib la afiq jadi sukarelawan untuk pinjam peha dia.. kiteorang pun pijak jela peha dia then naik..kesian dia mesti sakit..semua berat..hahaha then kali kedua jatuh, haaa nie bad moment untuk aku.. da la tak ready nak jatuh, lepas tenggelam, timbul balik then bukak mata nak tau nampak apa? muka afiq depan2, dekat gila dengan muka Tyra, Ya Allah punya terkejut, terus Tyra menjerit, dia pun terkejut jugak..nasib la Tyra tak pegang, mati-II ingat Ikachim..kalau la Tyra tak bukak mata macam first jatuh tuh, memang free jela die kena pegang.. haha banyak kali minta maaf sampai malam BBQ dia minta maaf jugak..

Then yg kedua kelakar, si Meon terjun dulu sebelum brader tu jatuhkan kitaorang,,hahahak takut ke Meon ?? hahaha memang jadi bahan gelak aku bila Ikachim cerita.. adoiii lawak-II..lepas tu kali ketiga pulak dan terakhir jatuh, Dina punya moment, dia terapung macam superman dan hampir hanyut, nasib la Dollah tengah main air dekat tempat kami jatuh, Dollah tarik jaket Dina, like father and his daughter, comel gila Dina kena tarik dengan Dollah..hahaha 
Banana Boat

Dan penat main air semua bagai, basah macam apa.. apa lagi, balik la, sediakan makanan untuk malamnya pulak.. Time BBQ nie memang kelakar, Pop (amirul) boleh cakap yg Add tu dia punya..da la pakai baju warna sama, makan sebelah-sebelah pula..sweet sangat..haha dah budak nie asyik bahan diaorang je..hahaha kelakar weyh serius kelakar.. hahaha lepas dah makan-II sesi bergambar la pulak.. banyak gambar sebenarnya..haha sampai homestay pukul 2 lebih, nasib budak laki ada follow sekali..dalam kereta Jimmy dok bahan aku je, sabar gila dengan dia nie.. ada dia kata aku karoake lagu dangdut hari tuh..aishh rasa nak je hempuk kepala, sampai dah tiba homestay duk bahan aku lagi.. 

Malam BBQ di pantai

Keesokkannya pula, kami ingat nak pergi rumah terbalik, then tak jadi, sebabnya ramai taknak masuk..sebelum tu, Jimmy singgah bundle, bundle dia punya cantik, tak macam bundle tempat lain..haha 3 kereta je yg da sampai dekat Galeri Art tu, lepas tu diaorang datang dekat bundle jugak.. then tak tau nak pegi mana lagi, kami decide pergi pantai jela, ambil gambar..

Tunggu budak-II masuk bundle so selfie dulu.


 
















dah berselfie segala bagai, balik pulak la jawabnya..hahaha last destinasi kiteorang yg naik dengan Jimmy nie dekat KFC je..haha yg lain berhenti dekat R&R Air Keroh.. makan-II , lapar dah..haha padahal dalam kereta da makan nasi goreng...



Tyra ingat malamnya budak nie tidur ke..rupanya tak..ingatkan penat-II tidur, nie tak, duk membahan orang je tak sudah-II, yg jadi bahannya Tyra dengan Meon..adoiii ..padahal kami kawan je.. memang sabar sungguh, layankan jela diaorang, janji diaorang happy..hahaha sampai la nie duk bahan kami lagi.. Pape pun thanks to Jimmy, thanks sangat-II jadi driver kiteorang.. Thanks classmates sebab cipta kenangan bersama disaat last kita bersama.. lepas ni semua jauh.. LI menanti..hurmm harap sangat ada trip lagi lepas nie walaupun kita da habis belajar.. :) that's all story and update for today.. Assalamualaikum.. :)

Sabtu, 8 Ogos 2015

Assalamualaikum semua.. :)

Tahun nie tahun last beraya dengan kawan-II kolej.. tahun depan masing-II melangkah ke kerjaya masing-II.. gembira rasanya dapat beraya bersama mereka..walaupun tidak semua yg dapat join, tapi kami tetap enjoy.. rumah first and second tyra tak join..third rumah tyra.. mak masakkan laksa untuk diaorang..

Lepas tu kami pergi Felda Sri Jaya rumah Dina.. First time aku beraya rumah dina ni..walaupun dulu masa sekolah menengah dah berapa kali jejak sekolah dia merentas desa peringkat daerah, nie baru first time datang.. dah lama tak masuk kampung dia, terasa jauh macam nak pegi Segamat..haha

Lepas rumah dina kami pegi rumah Shafika Salim.. macam-II ragam bebudak nie..asyik nak ketawa je tengok diaorang nie.. lepas rumah shafika , kami gerak ke Parit Jawa pulak..rumah Izwan dengan Zaidie.. tu pun jauh tak terkata jugak..sampai tertidur kami sebab penat untuk tiba ke destinasi yg dituju...hahaha


Time nie dekat kampung Dina lagi tapi OTW balik then nak pegi rumah Shafika..



masa nie dekat rumah shafika dan aku sebagai photographer tak bergaji.
Hahh nie laa part kiteorang tertidur masa nak pegi Pt Jawa dan paling tak boleh lupa kejadian Atot (driver) langgar bonggol sampai terhumban ke depan aku nie hah, menjerit sekeping aku, mana tak nya, ingat excident la.. hahaha dah budak duaorang sebelah aku tu kepit tangan aku kuat-II takut terjadi lagi..haha

 
Nie dekat rumah Izwan.. photograpernya Izwan..



Nie pulak Jimmy jadi photograper..



Nie OTW ke Pt Jawa sebelum tertidur..hahah




Tu jela gambar kiteorang..sikit je.. sebab banyak berceloteh sampai lupa nak bergambar.. haha gembira sangat..setiap rumah makan sedaap-II tau..Alhamdulillah.. Rezeki raya tahun nie.. :)

Assalamualaikum warga blogger,, 

Selamat hari raya.. raya ni alhamdulillah masih beraya bersama keluarga.. tema keluarga tyra tahun ni biru turquoise tapi sayang sangat tak ambil gambar satu family..just dengan sanak saudara.. mak dengan ayah penat sangat so diaorang malas nak bergambar. Tyra nak share gambar raya dengan korang semua walaupun dah nak penghujung raya dah nie.. hahaha
 bersama sanak saudara..



gambar nie raya first..

raya kedua baru la kami gerak balik kampung sebelah mak di Segamat.. Kampung Maktok.. gembira gila dapat balik.. kena drive sendiri pulak tu..lepas tu drive kereta manual lagi, jam pulak.. rasa macam nak patah kaki.. tiba kampung kaki kejang .. punya la sakit.. haha..


Isnin, 22 Jun 2015

Luahan Hati

"Allah temukan kita ada hikmahnya. Kita berkenalan dan jatuh hati. Kemudian Allah uji kita dengan perpisahan. Sakit sangat rasanya. Tapi sakit itulah yang membuatkan kita kuat seperti sekarang"

Assalamualaikum kepada semua yang sudi singgah di blog Si Gadis Pin Riben. Rasanya sudah lama meninggalkan blog ini. Nak kata sibuk tu sibuk la jugak sebagai seorang anak, seorang pelajar dan juga sebagai salah seorang hamba Allah SWT. Hari ini Allah bagi kesempatan dan peluang untuk aku meluangkan masa untuk blog ini. :)

      Kenapa aku letak ayat diatas itu, antara salah satu sebab kenapa aku meluangkan masa untuk merehatkan hati dari terus lalai dengan cinta dunia. Allahuakhbar. Lemahnya aku sebagai hamba yg kerdil disisi Allah SWT. Masa bercinta indah saja. Yang lelaki cuba pikat perempuan, yg perempuan pula suka dan gembira ada orang berkenan dan tertarik dengannya. Bila dah dapat perempuan tu buat girlfriend bukan main suka sampai apa yg terlarang pun tidak diingatinya. Batas pergaulan main langgar. Lelaki nie senang je mengayat perempuan,tu yg perempuan senang cair. 

      Seorang wanita ada memberitahu, "tak salah kita nk couple, tapi couple ikut Islam".. semua tau kan cara Islam..lebih indah dan tidak menimbulkan fitnah.. tapi lebih baik takyah couple terus, lagi baik.. Pengalaman dulu memberi pengajaran yg cukup untuk aku belajar supaya bercinta selepas nikah lebih indah..  Dulu sayang sangat dengan pasangan, ingat dia la yg akan jadi jodoh kita, haha tu la fikiran yg tak berapa nk matang.. tengok adik2 diluar sana, hebat betul percintaan mereka sampai siap bergaduh bila rebut pasangan, rasa macam nak je cakap "belum tentu tu jodoh kau dik,sampai bila dia bertahan jadi pasangan hang, lama2 jemu then cari lain,siapa yg sakit? siapa yg menangis , merana? siapa? diri korang laa". 

     Perancangan Allah hebat, kita je yg lupa.. selalu lalai dengan dunia.. selalu mengejar dunia sampai akhirat ke mana.. Allahukhbar.. kepada yg diluar sana yg tengah bersedih dgn putus cinta, sini hakak nak bagi tips untuk lupakan kesedihan yg entah pape tu.
  1. Dekatkan diri dengan Allah
  2. Sibukkan diri dengan benda2 yg berfaedah seperti baca buku2 Islamik.
  3. jangan duduk sorang2, nanti mudah untuk ingat si dia.
  4. jangan gatal2 nak stalker si dia..kalau dah kronik sangat, hangpa block je apa yg berkaitan dengan dia. haha
Tu antara tips yg hakak dpat kongsikan..hehe moga berguna untuk kalian ye.. mula2 tu memang la susah dik oii.. tapi lepas tu In Shaa Allah kita rasa tenang, kredit pun dapat save, tapi hakak tak save leee sebab banyak guna internet kalau dekat kolej..kat rumah je guna wi-fi..hehehe Banyak sangat kebaikan bila kita tak bercouple.. bagi aku la memang tenang je hidup.. tapi bagi yg tak boleh kalau takde couple tu memang susah la agaknya kan.. sebab tu senang je jumpa penganti.. takut takde jodoh ke nanti sampai tergesa sangat mencari penganti, Jodoh tu Allah dah tetapkan dah, so tak payah risau.. In Shaa Allah ada.. kalau tak berjodoh dengan perkahwinan, mungkin berjodoh dengan kematian.. siapa tahu kan.. so fikir la.. diri ni tak baik mana.. pernah juga melakukan kesilapan, tapi bergantung pada hati masing2 untuk berubah ke arah kebaikan.. :)

"
Aku dah cuba yang terbaik, tapi mungkin kau memang bukan untuk aku..aku pernah rasa bahagia dgn kau..derita, sengsara pun aku dah lalui semua. mungkin kau tak nampak aku yg selalu ada dgn kau..mungkin kau tak pandai nk hargai aku selama ni..takpe..aku tak kisah..letih kena tipu selama beberapa tahun..baru aku tau sekarang sape kau sebenarnya..tipu kalau aku tak marah,tak sedih..tapi aku terima..mungkin Allah nak aku rasa semua tu dulu sebelum aku jumpa orang yg betul2 ikhlas terima aku dan maybe jodoh aku..aku maafkan kau..aku tak menyesal pergi dari hidup kau..mungkin kau bukan untuk aku..terima kasih sebab pernah buat aku bahagia..dan aku lebih bahagia dgn apa yg aku ada sekarang, keluarga tercinta, dan kawan2..walaupun tiada lagi penganti kau buat masa nie."

Buat yg masih belajar, ingatlah wajah2 ibubapa, penat diaorang hantar kita belajar, berhabis duit, apa yg kita buat?? bercinta pula..kalau sampai nikah takpe jugak, ni kecundang ditengah jalan.. muhasabah diri kita, perbaiki kesilapan dan kekurangan kita.. Jangan panadang remeh terhadap dosa kita, jangan putus asa dalam bertaubat..Assalamualaikum..

Jumaat, 3 April 2015

Assalamualaikum............ ^^
Tiada seindah kata dari seindah senyuman....pembuka bicara, tiada madah, tiada puisi, tiada pantun, kerana aku hanya insan biasa yg tidak mengambil sastera....(haha) setiap manusia yg lahir didunia ini bukannya sempurna, setiapnya ada kelemahan tersendiri....begitu la juga dengan aku insan yg hina lagi kerdil didunia ini....bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi aku kesempatan untuk hidup didunia yg Fana ini, tak lupa juga buat ayanda dan bonda yg telah membelai,menjaga,mendidik aku menjadi seorang insan yg berguna, In Sha Allah....


Hati janganlah engkau bersedih, berduka dengan orang yg tidak pernah menghargai engkau, jangan sesekali putus asa, jangan sesekali mengalah, jangan sesekali engkau lupa yg Allah ada untuk engkau....Janganlah juga engkau mudah percaya dengan kata-kata manusia, jangan termakan kata manis yg diberi oleh mereka....hati, fikiran dan perbuatan manusia tidak dapat di jangkau oleh kita....


"jangan mudah percaya pada orang yang baik macam malaikat depan kita. selagi tak tahu perangai dia di belakang kita."


Bangkitlah jika tengah bersedih, bangkitlah wahai hati....move on with the new life, just forget the past....masih jauh lagi perjalanan kita di bumi Allah ini....masih jauhhh....berkata-kata tidak semudah melakukan... Yes! i agree that! but we must move on....move dari orang yg menyakiti kamu....move dari orang yg tidak menghargai kamu wahai hamba Allah....pasang niat untuk berubah kepada yg lebih baik....cuba berubah untuk jadi yg lebih baik....In Sha Allah akan dipermudahkan semua oleh Allah SWT.....


Jumaat, 30 Januari 2015

Assalamualaikum warga blogger semua. . Ya Allah, lama sangat tak update blog nie. .Serius sibuk dengan urusan dan laman sosial yang lain sampai terlupa dengan blog yang usang nie. . :') ok hari nie Tyra nak kongsi kisah suka dan duka Tyra pada tahun 2014. :)      First, hujung tahun 2014, berakhirnya hubungan tyra dengan BF Tyra yg sangat-II Tyra sayang, iaitu MUHAMMAD IRFAN BIN ABU, :'( Tyra kenal dan couple dengan dia start Form1, akak Tyra & abang dia yg kenalkan kitaorang.. start dari tu kitaorang meseg,dan berkenalan,. Jangan tak percaya, selama couple dari Form1, Tyra tak bertegur sapa dengan dia walaupun 1 sekolah, setiap hari masa rehat dia akan belikan Tyra makanan dekat koperasi, dia jumpa bagi Tyra dengan senyuman dan terus berlalu pergi je..sebab dia malu dan Tyra pun malu!!! haha nak tahu tak?? start akhir Form3 baru kitaorang bertegur ! gila tak gila memang gila,. hahaha masa tu Tyra berdoa sangat dapat 1 kelas dengan dia Form4 nanti, sebab Tyra kelas ke-3 dan dia kelas ke-5, alhamdulillah Allah kabulkan permintaan Tyra, akhirnya dia satu kelas dengan Tyra,masa tuh hanya Allah jetahu perasaan Tyra macam mana..haha happy+malu+gembira tak terkata laaaaa...hahaha dalam kelas kitaorang serba tak kena, kalau mata bertentang mesti masing-II larikan pandangan, sampai satu tahap, Tyra rasa nak ketawa dan terfikir, kenapa dengan kitaorang nie? couple lain takde lak macam kitaorang..haha dia siap tanya Tyra lagi, "Awak tak suka ke saya 1 kelas dengan awak? yela, orang tak pandai, tak layak masuk kelas nie".. Allahu, rasa nak cubit2 je dia masa tu.. dia nie suka merendah diri dengan Tyra..      Tyra ingat 1 kelas senang, rupanya Ya Allah, hanya Allah je tahu, rupanya dia nie kuat cemburu orangnya!! geram pulak Tyra, dengan lelaki tak boleh layan, sampai masuk 6 orang kena black list tak boleh dilayan,bercakap or pape dengan 6 orang tu.. Tyra sabar je, layankan je.. haha sebab sayang katakan.. Tyra suka nengok dia, lagi2 muka dia, sebab muka dia cute bagi Tyra, walaupun dia asyik merendah diri cakap tak comel,cute & hansem, tapi Tyra mengaku dia nie comel !! hahaha habis je kelas, pergi tempat motor sama2, kalau Tyra tak makan, dia akan marah dan sanggup pergi kantin balik belikan makanan, paling Tyra hargai, sanggup belikan makanan untuk Tyra dulu, baru dia makan..haha Irfan2, sebab tu Tyra sayang sangat kt kamu sayang.. :'D sampai satu sekolah tahu termasuk cikgu2 yg kitaorang nie couple, ada yg mendoakn sampai ke akhir hayat, ada juga cikgu yg memberi sindiran pada kami, tapi kami tak kisah, Tyra paling hargai ada cikgu memberi nasihat "bercinta tapi jangan lupa pelajaran ok, Tolong Irfan kalau ada yg dia tak faham" dan macam-II lagi.. ada yg langsung sporting habis siap cakap "mana bf kamu si Irfan tu Tyra?" masa nie bulan sukan, sebab si jantung hati lambat datang dan acara kami dan nak bermula..haha          Peristiwa yg paling-II Tyra takkan lupa, dia menangis sebab Tyra, dia taknak kehilangan Tyra, dia sayang sangat-II kat Tyra,. Dia menangis, Tyra lagi la menangis. .haha :'D sweet sangat-II masa tu.. banyak la kenangan yg takkan dapat Tyra lupakan dengan dia.. 7 tahun kot bersama ke mana saja Tyra pergi.. mak ayah dah kenal, siap dah anggap anak sendiri.. tyra pun dah kenal family dia, . . :'D bersyukur sangat dapat kenal dengan dia dan keluarga yg sporting gila habis !!! hahaha serius kitaorang nie dah macam adik-beradik, walaupun Tyra lahir dulu dari dia, tapi Tyra dah macam adik dia dah, dia layan Tyra sweet sangat. .ahakz! ke mana je Tyra pergi mesti ada dia menemani Tyra. Kiranya bodyguard tak bergaji. .hahaha          Start hubungan kitaorang jadi teruk masa bulan puasa. Boleh kira berapa kali dalam seminggu dia bertanya khabar, sebelum nie selalu je mesej, walaupun sesibuk mana.. Paling Tyra hargai dia dulu, dia sanggup pergi kerja lambat (masa tgh tggu result SPM) semata-mata Tyra ajak keluar, kalau takde kereta, sanggup pergi kilang tempat abang dia kerja semata-mata nak keluar dengan Tyra. Masa tu hanya Tuhan je tau betapa Tyra terharu dan bertambah sayang dengan dia. :'D .. Dia layankan karenah Tyra yg mengada-ngada, angin tak semena, badmood kat mana-II Tyra suka, dia bertahan sangat-II dengan perangai Tyra. Tyra sayang dia, tapi Tyra tak tahan asyik Tyra je mengalah dalam hubungan nie, Tyra kena faham dia, Tyra kena ikut cakap dia terutama tak boleh nak cakap dengan mana-II lelaki termasuk rakan sekelas. Tyra ikut je cakap dia, sampai budak nie cakap Tyra sombong, Tyra banyak diam dalam kelas. walaupun hubungan kitaorang jejak 7 tahun, tapi dia tetap tak percaya pada Tyra, dia banyak dengar hasutan rakan baik dia. Tyra banyak bersabar dan bertahan dengan setiap tuduhan yg dilemparkan,.         Seingat Tyra beberapa minggu sebelum dia ada selection kayak dekat Perancis, kitaorang clash.. Tyra yg minta sebab dah tak tahan sangat, Tyra banyak berhabis air mata dengan perangai dia yg berubah sekelip mata je.. Tyra memang tak kuat masa Tyra couple dengan dia, asyik menangis dan menangis.. Tyra berdoa selalu, agar jodoh kami panjang, tapi makin hari makin teruk, sampai pagi raya yg mulia tu pun kitaorang bergaduh dan tak bertanya khbar, bayangkanlah selama couple tak pernah kitaorang gaduh, makin sayang lagi adalah,. raya 2014 nie raya yg tak begitu indah bagi Tyra disebabkan kitaorang bergaduh.. Tyra fikir mungkin dia dah ada yg lebih baik dari Tyra,. Tyra ambil masa yg agak lama untuk buat keputusan untuk clash, bulan 8 Tyra akhiri perhubungan ni..walaupun dia taknak, tapi tak boleh ubah keputusan Tyra, hati Tyra hancur,remuk, kecewa kerana orang yg Tyra sayang sangat buat Tyra tak wujud, buat macam Tyra nie patung,tunggul dan tak bernyawa, masa diperlukan cari, masa tak diperlukan buang begitu saja. :'( seminggu kitaorang tak berhubung, lepas tu dia cari Tyra, dia merayu mengharap Tyra terima dia balik, tapi hati Tyra tak terbuka langsung untuk terima dia balik,. :( tyra suruh dia bagi ruang untuk Tyra berfikir dan tenangkan diri.. Paling2 Tyra menyesal, Tyra delete semua gambar kami, Ya Allah, time tuh memang Tyra marah sangat then tekan button delete, nasib baik ada sikit pada phone akak gambar kami. .hehe nie antara salah satu gambar terakhir dengan si dia >>          Sebelum dia berangkat pergi, masa dekat airport dia call Tyra minta maaf, doakan dia, dan dia minta Tyra untuk cakap dengan mak,. Tyra tak tahu dia cakap apa dengan mak.. yg buat Tyra ketawa, sempat Tyra minta belikan Oley2 Perancis lagi..haha tak guna punya EX kan Tyra nie.. haha :') masa dekat sana dia text Tyra melalu Whatsapp, minta Tyra terima dia balik, but Tyra tetap dengan keputusan Tyra.. degil ny hati Tyra ni untuk terima dia balik.. 2 minggu dia dekat sana, 2 minggu juga Tyra sibukkan diri untuk cuba bangun untuk cuba kuat dengan semua nie,. Dia tiba je Malaysia, esokny kot seingat Tyra la, dia datang rumah, bagi oley2!! haha gembira sangat, bukan sebab dapat oley2 tapii sebab dapat jumpa dengan dia lagi weyhh !!! haha eiii kitaorang walaupun dah clash, tetap contact lagi ok..haha tak pernah putus, dia datang rumah lagi,. haha walaupun masa bercintan dulu pernah berjanji takkan jumpa,contact dan takkan jadi kawan.. hahaha Thanks a lot Irfan. . :) sebab sanggup jadi kawan Tyra walaupun awak susah sangat nak terima semua nie. . :')       Alhamdulillah sekarang nie Tyra dan boleh bangkit dan terima semua nie, Tyra dah tak macam dulu, suka menangis je..haha Tyra dah semakin kuat terima pelbagai ujian dari Allah.. Tyra dah semakin matang, yela umur tahun nie nak masuk angka 20 kot.. hahaha tapi Tyra berterima kasih sangat pada BFF Tyra sebab ada masa Tyra perlukan teman, family Tyra.. Mak tak tahu yg kami dah tiada hubungan lagi, setakat kawan je.. Tyra senyapkan je.. ;) Tyra banyak belajar apa itu kehidupan, single, perangai orang, dan banyak lagi.. sekarang nie Tyra banyak belajar erti kesabaran dalam kehidupan.. :) nie jela Tyra nak kongsi buat tatapan semua yg singgah di blog ini.. :)                                

x

Khamis, 10 April 2014

Allah tidak akan mendekati seseorang sebelum orang itu mendekatiNya dan amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan.... -Hadith-

Urusan  orang-orang beriman semuanya mengkagumkan..,
Semua perkara adalah baik untuknya..,
Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur.., maka itu baik untuknya..,
Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.., maka itu baik untuknya..,
-Riwayat Muslim-

Kita sering mahukan hari yg CERAH tetapi ALLAH lebih mengetahui HUJAN perlu diturunkn.,
Kita inginkan KESERONOKAN tapi KESUSAHAN itu yang mengajar erti KEHIDUPAN.,
Kita inginkan KETENANGAN hakikatnya diri ini penuh DOSA tapi manusia tak dapat lari daripada KESILAPAN...
Semua itu bukan HUKUMAN tapi adalah tanda kasih syg ALLAH agar kita lebih BERIMAN.... 
Jangan menangis kerana cinta yang hampa tapi menangislah jika tak dapat menyapu dosa bila ternoda kerana cinta

Mengapa takut untuk berjalan sedangkan kita punya sepasang kaki yang boleh berjalan dan berlari..,
Mengapa takut untuk berjuang sedangkan kita punya tuhan yang sentiasa disisi.....
Aku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar.., 
IA bagi kaktus berduri..,
 Aku minta kupu2, dibagi ulat berbulu..,
Aku sedih & kecewa..,
Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali..,
& ulat itupun jadi kupu2 yang cantik..,
Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNYA..,
ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan.., 
Tapi IA memberi apa yang kita perlukan..,
 Kadang kita sedih, kecewa, terluka.., 
Tapi jauh diatas segalanya IA sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita....

Sayangkan Allah banyakkan berzikir..,
Sayangkan Rasul banyakkan berselawat..,
Sayangkan akhirat ingatkan mati..,
Sayangkan syurga banyakkan beribadat..,
Sayangkan dunia banyakkan istighfar.
PERANGAI ANAK NO.2 (kebanyakkan yg tertera memang 100% sama dgn perangai Tyra :D)
Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab
Neutral
- perangai unik/pelik dari adik beradik lain
- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang
- survivor
Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
- rasa tersisih dan terabai
- mudah mengalah
- degil/keras kepala tapi masih terkawal
- suka buli adik lebih kecil
- pendiam
- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
- suka pendam perasaan
- sukar untuk difahami
- suka menyendiri
- pentingkan orang lain dari diri sendiri
Then, yang ni yang kedua... Jom baca...
ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!
ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..* jangan pujuk.memang tak jalan
TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia.. *jangan berharap..sebab takkan dapat
BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban *no komen
HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi *ada juga part toleransi.bukan takde langsung.tapi tipis la....
HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka* perfect!
BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) *selalunya buat tak tahu. lebih selesa menunggu mereka yang bukak cerita
ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri *perfect!
PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah*perfect!
PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas.
sedikit tambahan. anak kedua, walaupun keras kepala tapi dia akan selalu banyak berkorban. hadapi pengabaian ibubapa yang selalu menganggap mereka kuat. mereka juga sering memikul tanggungjawab anak sulung, dan menjadi penasihat utama. ada ruang dihati, yang siapa pun susah untuk fahami... 

Rabu, 15 Januari 2014

Assalamualaikum semua. . :') Ya Allah ! dah lama sangat2 tak update !!!
berlapuk gila blog kesayangan Tyra ni.. :) hahahaa mesti korang pun naik bosan nengok 
benda yg sama je. . :D maaf sangat-II, bukan terlupa,tapi sibuk dan malas. .hahah

Sibuk dengan final exam sebulan yg lalu. . and then ALHAMDULILLAH Tyra sekarang
berjaya dan dah masuk sem 2/2014 di KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LEDANG weyh!! macam tak caya tau. .cepat sangat masa berlalu. . :) masa nak final hari tuh, Tyra macam
mimpi masuk KKTML nie sebab Tyra macam tak boleh nak bawa sesetengah subjek..
and then takut sangat-II kena tendang,.tapi alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Tyra
dapat teruskan pelajarn disini..dengan result yg memuaskan, Tyra akan usaha lagi
untuk berjaya dan menjadi kebanggaan emak dan ayah Tyra walaupun Tyra tak dapat
tandingi kakak Tyra yg bakal menjadi guru tidak lama lagi.. :')

Sem 2 step kedua mencabar yg perlu Tyra tempuhi sepanjang 5bulan ini.. Ya Allah !
harap sangat-II dapat tempuhinya dengan tenang, tabah dan sabar..AMINNNN. .
Nama je kolej, tapi pelajaran dia mengalahkan universiti. .Kebanyakkan orang memandang
rendah pada KKTM ni.. lagi-II orang yg tak tahu pape ni kan... Alhamdulillah bersyukur sangat
dapat masuk sini sebab selesa dan kemudahan sedia ada weyh.. :)
hahaha... elaun pun masuk.. haha tapi memang terbaik la KKTML ni.. :)

ok la sampai sini saja coretan Tyra buat masa ini.. Salam

Sabtu, 8 Jun 2013

Assalamualaikum semua . :) Ya Allah memang dah lama tak buka blog ni . .maaf sangat .
mesti korang bosan nengok blog nie kan . .huhu sebenarnya ntebook tyra rosak dan tyra
teramat sibuk kebelakangan ni. .tapi apa pon tyra cuba kongsikan serba sedikit peristiwa
yg terjadi sepanjang bulan 5 & 6 ni ok ? :)

8 Mei 2013- hari pertama tyra daftar diri ke PRA U di sekolah lama tyra . :) best sangat .
sepanjang 2minggu tyra ada orentasi . Memang tersangat best orentasi PRA U nie, kalah
orentasi masa tyra tingkatan 1 dulu . .hahaha memang tak dapat dilupakan insyaAllah . :)

23 Mei 2013- tyra duduk bilik Kaunseling sebab tolong cikgu buat kerja sebab cikgu dah tau tyra dah nak brhenti. .haha dan tarikh nie memang kelakar dan buat tyra malu sangat sebab hubungan tyra dan irfan kantoi dengan cikgu kaunselor, cikgu cakap kalau tyra tak bagi tau siapa BF tyra, cikgu taknak restu, lepas tu tyra terus terang dan ! cikgu restu dan cikgu cakap irfan tu bagus sebab bertanggungjawab. .lepas tuh cikgu kata lepas ni boleh BAHAN. .memang rasa nk masuk bawah meja je masa tu. .

24 Mei 2013- tyra berhenti PRA U sebab tyra nak sambung belajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang (KKTM) . tyra datang sekolah dengan shafika dengan berpakaian biasa
untuk hantar surat tawaran KKTM kepada guru kelas dan borang jejak pelajar kepada cikgu kaunselor . Sedih jugak nak meninggalkan sekolah tercinta . :')

4 Jun 2013- irfan ajak tyra pergi Melaka sambil-II beli barang keperluan untuk tyra ke KKTM. kitaorang pergi AEON, TESCO,MP, DATARAN PAHLAWAN DAN PERGI SELAT MELAKA. Best sangat dapat luangkan masa bersama sebab dah lama sangat tak keluar . :)
Kitaorang ni dah macam adik beradik . .huhu perangai pun macam budak-II walaupun dah besar . :)

6 Jun 2013-lepas balik dari rumah muksu di BUKIT GAMBIR, tyra pergi rumah makcik dekat Muar untuk bereskan urusan. . memang teramat penat. .tapi tyra masih sabar lagi. .:)
haha yela untuk belajar tyra snggup berkorban . :)

7 Jun 2013- pagi tyra pergi Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDM) untuk matikan setem pada buku perjanjian KKTM . . lepas tu tyra pergi RHB Bank untuk buat akaun pulak .
haha lpeas tuh pergi WETEX cari kasut lagi . lepas tuh pergi bankin duit ayah pulak . .
PETANG pulak, tyra pergi buat medical checkup di KLINIK MALAYA . :) lpeas tuh tyra
pergi jalan-II dengan makcik kat Giant pulak . . MALAM tyra keluar jugak dengan makcik
pergi jalan-II di UPTOWN . .hahah memang best satu hari suntuk berjalan je. . haha

dan hari nie tyra baru dapat balik rumah dan tidur dirumah sendiri . .hahah banyak
sebenarnya peristiwa tapi nie je yg dapat tyra kongsikan buat korang yg sudi mengunjungi
blog  Si Gadis Pin Riben dan yg sudi membaca nya. . :)

sekian . ASSALAMUALAIKUM . ^^

Sabtu, 13 April 2013

ASSALAMUALAIKUM GUYSSSS :D .

nak cerita sikit pasal hari semalam . :D saja nak kongsi dekat sini . cehhh :p
semalam akak, tyra , dengan Irfan(BF) pergi hangout. . tak dirancang sebenarnya .
main keluar je sebab hari nie tak jadi pergi Melaka . hahaha irfan telefon tyra
tanya nak keluar ke tak hari nie(semalam) . tyra pun kata suke hati . ikut jerk . :p
kiteorang bertiga keluar la kn .

kiteorang pergi main bowling sampai pukul 6 pm . hahahar lepas tuh singgah
pasaraya Giant sebab akak nak beli barang makanan untuk bawak balik ke U
die. .haha keluar Giant area pukul 7 pm. .ape lagi, irfan dah lambat sangat nak
pergi keja. .hahah pdan muke die, sape suruh nak singgah Giant, tyra kata tak payah
sebab nanti die pegi keja lambat..haha mase balik tuh , die bawak kereta laju
tahap gile gaban ur kn. .tyra yg duduk sebelah die rase macam nak trcampak ke luaar.
macam naik kereta F1 padahal kereta Waja . haha punya kecut perut . huh ==

akak ngan tyra marah la die, tapi die makin buat tak tau jer, siap goyang-II kan
stereng kereta lagi . punya menjerit tyra . memang gile BF tyra tuh . pening layan kan
perangai "tak betul" die tuh. .hahaha tapi kadang-II kelakar jugak . sampai nak
pecah perut ketawa kan die. .mase kt jalan kg nasib baik tak berlanggar dengan lori.
huh ! alhamdulillah . tyra da tutup mata sambil MENGUCAP, yela mane tau kot-II nyawa
melayang . sekali bukak mata, alhamdulilah ! SELAMAT !! hehehehe :D gila, tak gila
budak irfan bawak kereta mengejarkan nak p kerja punya pasai ! :p
Malam die mesej bagitau tak kerja sebab sambut hari lahir die dengan family die.
hari lahir die KHAMIS. hahaha  malam tuh, tyra dengan die sakit kepala disebabkan
die bawak kereta macam F1 . hahaha aje sengal . :p

-ASSALAMUALAIKUM-

Jumaat, 29 Mac 2013


ASSALAMUALAIKUM SEMUA . .:D

baru nak update. .hahaha sebab da berapa minggu xbukak blog nie..hehe
 
haaaa, nampak tak gambar kat atas tuh ? takkan tak nampak kot ! ? haha
kenal tak TYRA yg mana ? yg baju merah-II pink tuh..adoi ai korang nie..huhu 
tuh la geng tyra masa zaman sekolah dulu. .paling rapat la katakan....... :3
ceeehhh ! pergi mana bersama ! dalam sekolah la . . tapi lepas tak sekola
masing-II hilang,. haha tyra selalu jumpe dengan shafika yg berbaju purple je
tuh, sebab kiteorang kan buat perniagaan kecil kecilan je. .
 
 
So, gambar nie sebenarnya baru petang tadi diambil. .ceh ! haha SYAZALINA
yg centre tuh hah nampak tak ? die adakan makan-II untuk jumpe la budak
kelas kiteorang sebelum masing-II menyambungkan pelajaran dieorang. .
so dapat la jumpe budak-II yg susah nak DIJUMPAI. .hahaha happening la jugak..
shafika tuh duduk rumah tyra sebelum pegi rumah syazalina tuh sebab takut
bapak die tak boleh nak anta ada urusan. .so pagi-II tyra amik die kat medan
selera sebelah sekolah. . kelam kabut gile masa nak pegi amik die, takut die
tunggu lama. .hahaha
 
yang kelakar nye sampai TERpakai seluar adik pulak tuh, da la seluar adik tyra tuh
besar, sekali da pakai nengok seluar adik, ,tyra lenjan jela kan nak cepat. .
hahaha terok benow perangai aqu nie..heheh
balik dari rumah syazalina, kiteorang pegi jalan-II kat BUKIT GAMBIR cuci mata. .
hahaha..tuh la keje kiteorang. .dalam pukul 5 tyra hantar shafika balik rumah. .
 
 
haha tuh je nak share tentang hari ni. .salam


Jumaat, 15 Mac 2013

perniagaan AASS FELT CRAFT

ASSALAMUALAIKUM semua yg mengunjungi blog nie (=

berdasarkan tajuk kt atas tu, tyra pernah nyatakan dulu yg tyra dgn seorang kawan
tyra iaitu Shafika buat business secara kecil kecilan je kan? so sekarang tyra buat
satu page kat facebook untuk perniagaan nie iaitu AASS FELT CRAFT. .kalau
korang berminat nak nengok page tuh, buka la facebook dan search la page tuh ye (=
nie tyra sertakan gambar barangan yg tyra dan kawan tyra buat.
sepit rambut
 
                                                      broonch bunga

kalau nak nengok lebih banyak lagi broonch, sila buka page kt facebook yg tyra
nyatakan tadi key.. :)
kalau berminat sila IM tyra di facebook yg tertera di blog ini..terima kasih. .

Jumaat, 8 Februari 2013

Assalamualaikum ya habibi ya maulana anak mak minah ! kehkehkeh :D

sory2 ! saja nak gurau...hehe apa kabar semua yg mengunjungi blog usang nie?? C(:
bosan sangat ! haha tadi pagi tyra pegi bank dengan ayah...haha 
masuk jer kat dalam tyra ambil la borang PENGELUARAN dan isi butir2 yg dikehendaki..
ada sorang pak guard tuh die duduk nengaok tyra isi.. die tanya macam-II..
example: tinggal kt mana..umur berapa..sekolah lagi ke... adik beradik berapa..anak
ke berapa... ! eiii pak guard nie lebih-II nampak,,semua nak tanya..haha lepas tuuuu
die tanya pakai handset x?? tyra cakap la pakai.. die kata nak minx nmbor boleh??
==' eii pak guard nie da lain macam nie..xpe2, sabar.. die tanya lagi .. boleh jadi
ANAK ANGKAT pakcik x?? OMG !!! >_< pak guard ni apa lar... tyra pun cakap
xpela pakcik, sy xnak...hahaha terus die diam.. :D

lepas tuh ayah pegi la kaunter nk keluarkan duit... pak guard tuh duduk dekat tyra...
die boleh cakap ayah tyra MUDA lagi..hahaha nak ketawa..tapi memang ayah tyra
nampak muda lagi xdinafikan oke..mmg betul..handsem meyh ramai perempuan
cair bila nengok.. XD balik tuh citer la kat mak.. mak punye ketawa sebab tak boleh 
tahan dengan ayat pak guard tuh..hahaha akak pun ketawa kn tyra sebab pak guard
tuh nk jadi kan tyra anak angkat dyer ! OMG !!!! hahah
tapi masa keluar bank, ayah tanya pakcik tuh tanya apa kt angah ??
tyra cakap la..xde pape..die tanya tinggal kat mana jer... lepas tuh tyra senyum je ngk ayah..
kang cakap kat ayah, ayah kembang pulakkan..hihi

esok tyra nak keluar dengan BF tyra n akak.. nak pegi Melaka.. jalan2
makan angin..huhu mintak2 jadi pegi..hihi.. k la babai salam

Rabu, 30 Januari 2013

happy ! hoho :p

Assalamualaikum semua ! :D

dah agak lama jugak xupdate blog si gadis pin riben nip..haha sibuk memanjang 
walaupun dah xsekolah lagi,..hahaha sekarang nie tyra tengah buat businesssss
kecil-kecilan bersama kawan tyra...haha dapat la menjana pendapatan walaupun
sedikit kn.. xkisah pun sikit mane untung, janji hati puas dengan apa yg dapat dhasilkan
menggunakan seni tangan yg tersendiri !  cewaah ! :D

Oke3 ! nampak x tajuk "HAPPY ! " kat atas tuh je kot..xkan xnampak..ececeh ! haha
kenapa tyra happy ?? sebab tyra dah berjaya lulus ujian memandu tadi ! hahaha
alhamdulillah ! terima kasih YA ALLAH ! :D....23 Jan hari tuh tyra test jpj tapi XLULUS..

hahah terok kan?? yg nie kali ke-2, nasib baik lepas..haha xberapa nak rasa
gemuruh or gementar masa tunggu giliran tuh... haha tyra amal kan doa yg mk cik 
tyra bagi..die suruh hafal, so tyra hafal la... :D akhirnya penantian untuk memiliki
lesen kereta berhasil jugak ! heeee :D

Tyra berterima kasih kepada BF tyra Muhd Irfan sebab bersusah payah menghantar

dan menunggu tyra.. SAYANG kat die lebih ! hehehe.... tiba je rumah, akak tyra tanya,
'lulus x??' ... tyra jawab 'sedih ny nak menangis rasa nya..' kata akak haa xlulus lagi la
tuh... tyra pun kata eh mana ada..lulus la..jangan risau..hahah :D
terlalu gembira la katakan,..lepas turun kereta pkcik sorang uh amik kertas kt tyra, siap
die cakap lagi "haa, senang hati da lepas ek" dan die senyum.. tyra ketawa jela..haha
lepas uh tyra lari dapatkan bf tyra kt dalam kereta...haha orang tengah gembira memang
macam nie... lepas tuh balik la kan...hihi

k la tuh je nk share cerita yg xberapa nk menarik kt korang semua... :D salam